Ahad, 12 Jun 2011

Umur yang bertambah...

Hakikat umur yang telah bertambah:
Ingatlah , bahawa Allah swt memberi peluang kepada kita untuk memanfaatkan umur ke arah kebaikan maka janganlah disia-siakan umur kita yang masih ada dan kerjakanlah segala suruhannya dan tinggalkanlah segala keburukan dan kemungkaran untuk bekalan di akhirat kelak, mudah-mudahan kita tergolong daripa...da orang-orang yang beroleh kemenangan dan mendapat keredhaan Allah di akhirat nanti. Mungkin ketika kita masih luar dari kepompong pengetahuan agama yang sebenar, kita tidak melakukan amalan yang baik, jadi alangkah indahnya umur yang masih ada itu digunakan untuk mendapatkan semula kebaikan yang tidak diperolehi ketika itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan