Ahad, 12 Jun 2011

Kursus Pemantapan Tatabahasa Ajuran PPD Sepang dan IPIS Bangi



Pada 3hingga 5 Mei  telah diadakan kursus pemantapan Tatabahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di PKG Salak. Kursus tersebut melibatkan peserta-peserta dalam kalangan guru cemerlang daridaerah Sepang. Kebanyakan fasilitator terdiri daripada pensyarah-pensyarah Institut Perguruan Islam Kampus Bangi.Sepanjang kursus selama 3 hari peserta telah didedahkan dengan pelbagai teknik pengajaran  Tatabahasayang boleh dipraktikkan di dalam bilik darjah. Guru-guru bukan sahaja didedahkan secara teori tentang teknik pengajaran tersebut, malah mereka juga telah mempraktikkannya sepanjang kursus berlangsung.Secara keseluruhannya kursus seperti ini sangat menarik dan berkesan untuk membugar kembali penghayatan dan pemahaman guru terhadap tatabahasa yang digunakan di dalam kelas. Guru yang terlibat dengan kursus ini juga dapat mengajar dengan gaya dan nafas baru yang pastinya sentiasa segar sepanjang zaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan