Ahad, 12 Jun 2011

Kursus Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu Menengah Atas Anjuran PPD Sepang



Pada 5 Mac telah diadakan kursus Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Menengah Atas Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Sepang di SM Teknik Sepang. Kursus tersebut melibatkan peserta-peserta dalam kalangan guru Bahasa Melayu Daerah Sepang. Penceramah ialah Siti Norhasliza binti Hashim. Sepanjang kursus peserta telah didedahkan dengan pelbagai teknik pengajaran penulisan  yang boleh dipraktikkan di dalam bilik darjah. Guru-guru bukan sahaja didedahkan secara tentang teknik penandaan Kertas 1 dalam SPM, malah mereka juga telah mempraktikkannya sepanjang kursus berlangsung.Secara keseluruhannya kursus seperti ini sangat menarik dan berkesan untuk membugar kembali penghayatan dan pemahaman guru terhadap pengajaran penulisan yang digunakan di dalam kelas. Guru yang terlibat dengan kursus ini juga dapat mengajar dengan gaya dan nafas baru yang pastinya sentiasa segar sepanjang zaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan