Isnin, 20 Jun 2011

Mesyuarat Sektor Pengurusan Akademik Bersama-sama Pen. PPD Akademik Daerah


Mesyuarat Pengurusan Akademik, Sektor Pengurusan Akademik JPN telah diadakan pada 17 hingga 18 Jun , be2011 bertempat di Hotel De’Palma Kuala Selangor. PPD Kuala Selangor telah menjadi tuan rumah dalam mesyuarat tersebut.Mesyuarat telah dirasmikan oleh  Ybhg. Tuan Haji Mahmood bin Karim. Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor.Mesyuarat telah dihadiri oleh semua pegawai akademik di JPN dan PPD seluruh negeri. Agenda mesyuarat membincangkan beberapa perkara berikut:

1. SEP dan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan.
2. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
3. Program-program Baharu  LINUS, MBMMBI
4.Pemantauan BPSH
5. Pembentangan MInit

PPD Sepang telah diwakili oleh En. Rosli bin Sadali. Pada sebelah malam semua ahli mesyuarat telah dijamu selera di AROMA ikan Bakar Jeram. Makan malam telah ditaja sepenuhnya oleh YB Dato Seri Mohd. Noh bin Omar .Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan