Jumaat, 10 Jun 2011

KHIDMAT NASIHAT DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Penggandaan kata majmuk bagi guru besar
Bagi pengejaan kata majmuk yang dijamakkan seperti menteri besar dan guru besar, perkataan yang pertama sahaja digandakan menjadi menteri-menteri besar dan guru-guru besar. contoh lain seperti pakar runding - pakar-pakar runding dan ketua menteri - ketua-ketua menteri.

Penggunaan Kata Pemeri “adalah” dan “Ialah
"Adalah" merupakan kata pemeri yang digunakan secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, manakala "ialah" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama.

Frasa Nama, Frasa Kerja dan Frasa Adjektif             
Frasa nama ialah frasa yang perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama. Frasa nama ialah satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat.
 Frasa kerja ialah sekumpulan perkataan yang perkataan utamanya terdiri daripada kata kerja. Frasa kerja ialah satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat.
Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat.
‘dalam’ kalangan atau ‘di’ kalangan
Frasa yang biasa digunakan ialah 'di kalangan' dan 'dalam kalangan' jarang terdapat penggunaan frasa 'pada kalangan'. Frasa yang paling tepat ialah 'dalam kalangan' kerana sendi nama 'di' merujuk kepada masa dan tempat. Kata 'kalangan' bermaksud: lingkungan, golongan. Sekiranya 'di' dibubuh pada kata ini, contoh: di golongan, maka jelas kelihatan bahawa 'di' atau 'pada' tidak sesuai dipadankan di situ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan