Sabtu, 9 Julai 2011

Permata Untuk Isteri



Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan KITA.
 kerana sesungguhnya SAYANG telah banyak membantu ABANG.
SAYANG yang menyelamatkan ABANG daripada amukan nafsu.

SAYANG yang membantu menjaga makan minum ABANG.
SAYANG yang mencuci kain baju ABANG
SAYANG yang membantu membersihkan rumah ABANG...
lalu apa salahnya  kalau ABANG  bersabar dengan sedikit kerenahSAYANG ? "

SAYANG!
Marilah sama-sama kita tabur secubit
salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan,
kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber, biar setia kita makin waja. Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti :
Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.
IsteriKU...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri.

NUKILAN SUAMI MU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan