Sabtu, 9 Julai 2011

Cebisan Rindu

Malamku….
Bawalah cinta dan hatiku
Dan sampaikan pada dirinya
Bahwa aku begitu mencintainya
Anginku…
Bawalah nafas cintaku
Dan hembuskan pada dirinya
Bahwa aku sangat merindukanya
Bulanku….
Begitu indah dan terangnya cahayamu
Sinari hati dan jiwanya untuk cintaku
Terangi setiap langkahnya menuju cintaku
Bintangku…..
Begitu indah cahaya gemerlapmu
Tebarkan rasa cintaku dihatinya
Sadarkan dirinya akan cintaku
Abadi untuk selamanya

SEKADAR PERMAINAN

INGAT: SEKADAR PERMAINAN, TIDAK WAJIB PERCAYA. JIKA ADA YANG BETUL ITU CUMA KEBETULAN SAHAJA. ="}

A= Anda boleh terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.

B= Anda selalu bewaspada bila bertemu kenalan baru.

C= Anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.

D= Anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.

E= Anda sentiasa seorang yang exited.

F= Semua orang menyayangi anda.

G= Anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.

H= Anda bukan seorang judgemental, tiada otak keadilan.

I= Anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum.

J= Anda seorang yang cemburu.

K= Anda suka mencuba perkara-perkara baru.

L= Anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam ke dalamnya.

M= Kejayaan mudah datang kepada anda.

N= Anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.

O= Anda seorang yang berfikiran terbuka.

P= Anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.

Q= Anda seorang hipokrit, pentingkan diri.

R= Anda seorang yang gemar bersosial.

S= Anda sangat broad-minded.

T= Anda ada sikap canggih, amat canggih.

U= Anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.

V= Fizikal anda baik sekali.

W= Anda suka menyendiri.

X= Anda tak akan benarkan orang bagitahu anda apa yang patut anda buat.

Y= Anda selalu penyebab pada banyak masalah.

Z= Anda selalu bergaduh dengan seseorang.
NAMA: ROSLI

R= Anda seorang yang gemar bersosial
O= Anda seorang yang berfikiran terbuka.

S= Anda sangat broad-minded.

L= Anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam ke dalamnya
I= Anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyummnya.

Ha,ha,ha,ha....


Permata Untuk Isteri



Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan KITA.
 kerana sesungguhnya SAYANG telah banyak membantu ABANG.
SAYANG yang menyelamatkan ABANG daripada amukan nafsu.

SAYANG yang membantu menjaga makan minum ABANG.
SAYANG yang mencuci kain baju ABANG
SAYANG yang membantu membersihkan rumah ABANG...
lalu apa salahnya  kalau ABANG  bersabar dengan sedikit kerenahSAYANG ? "

SAYANG!
Marilah sama-sama kita tabur secubit
salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan,
kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber, biar setia kita makin waja. Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti :
Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.
IsteriKU...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri.

NUKILAN SUAMI MU

Senyumanmu



Engkau tahu, aku suka pada senyumanmu,teringat ketika engkau ingin memujuk aku, kau menyapa dengan mengukir senyuman padaku.Ternyata senyuman itu melembutkan hatiku..kerana aku tahu…Senyuman manismu, tersirat satu erti yang engkau tidak tahu maknanya. Tafsiran yang berbilang ada pada insan yang memandangnya.Terutama tafsiranku. Kerana aku tahu senyuman yang lahir daripada keihlasan di lubuk hati engkau adalah manisnya senyuman yang paling bermakna.Pada senyuman manismu ada makna yang tidak terucap dalam bicara, yang tidak terungkap dalam madah indah.Senyuman manismu, tetaplah kau ukir, kerana kau tidak tahu insan manakah yang akan senang dengannya…termasuk aku, hanya aku yang menilai…dan aku tertanya-tanya apakah yang akan menjadikan senyuman manismu itu terus kekal mekar untuk aku tatapi….

RAHSIA KITA



Rahsia kita. Bicara soal hati dan perasaan dalam puisi, coretan dan juga pantun. Bermain dengan kata-kata untuk meluahkan apa yang difikir, yang dirasa atau apa saja. Bisikan hati yang mungkin tak kunyatakan padamu..
Selamat melayari Rahsia Kita, rahsia sekeping hati.Terima kasih kerana sudi singgah di hatiku…untuk sekian kalinya.
Dan ia adalah menjadi rahsia kita…….



Kisah Professor Dan Pendayung Sampan


Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.

Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.
"Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.
"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya".
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.
Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu dah kehilang 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Tauladan Yang Boleh Diambil Daripada Cerita:Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi

Untuk ibuku



Titisan kaca jernih mencurah
Siramkan pepohonan di pagi
Yang tidak cerah, aku berjanji
Untuk tidak pulang lagi
Ke daerah kesal dan resah yang meruntun hati.

Bertahun-tahun yang dulu, bila hujan pagi
Ibu mengait resah
Dari celah-celah dedaun pisang yang basah
Mengenang kebun yang lecah
Dan mimpi-mimpi semalam
Tentang kerukunan dan amanah keluarga
Hujan membuatnya jadi pasrah.

Bertahun-tahun yang dulu, bila hujan pagi
Di bawah bumbung yang tiris, aku menyulam RINDU
Mengenang jalan ke sekolah yang pecah
Dan mimpi-mimpi tentang masa lalu ibu
Membuatku tidur dengan air mata payah....


Dalam hujan pagi ini, segalanya terisi
Pengajaran tentang keperitan ibu
Membangunkan keluarga dengan susah payah
Dan titisan kaca jernih yang sedang mencurah
Kutadah bagai air mata ibu....


Dibungkus dingin di tepi jendela
Di dalam hujan pagi ini, aku berjanji
Air mata ibu yang kutadah ini....

Akan kuubah menjadi doa berkah
Mengenang pengorbanannya
Mengenalkan aku erti syahadah
Ilmu, kasih cinta dan amanah.

Dalam hujan pagi ini, aku berjanji
Kan kumakamkan cinta yang musnah
Kembali menemuinya
Kubaja ilmu dan amanah
Moga aku dan ibu
Kan bertemu di jannah!